LOGO MAYBANK2UPAY
(terdapat di ruang atas-kanan setiap page kami)
MAYBANK2UPAY
Perkhidmatan tambahan terbaru daripada Maybank yang lebih mudah dan selamat bagi yang gemar membeli barangan melalui internet.Sukacita dimaklumkan, MY KURUNG ONLINE telah diluluskan dan sah berdaftar dengan MAYBANK2UPAY. Jadi, pengguna tidak perlu risau tentang transaksi internet dengan kami kerana ia didokong oleh teknologi tercanggih dari Maybank.
KELEBIHAN MAYBANK2UPAY
MUDAH BERURUSAN
Hanya perlu klik pada logo MAYBANK2UPAY di dalam blog My Kurung Online dan anda akan dibawa terus ker laman Maybank2u dan ikuti langkah-langkah mudah.Tidak perlu ingat nombor akaun bank kami kerana ia telah dikawalselia oleh Maybank2uPay, sekaligus memudahkan proses pembayaran anda!
Tidak perlu melampirkan bukti pembayaran (iaitu imbasan / salinan resit bayaran) kepada kami.
Mudah Kan?
LEBIH SELAMAT
Tiada lagi kes salah ini no akaun kerana sudah diset secara automatik oleh MAYBANK2UPAYJadi apa tunggu lagi,buat tempahan anda sekarang :)
CARA MENGGUNAKAN MAYBANK2UPAY
1. Klik pada ikon/logo MAYBANK2UPAY2. "Window Pop-up" Maybank2u akan muncul. Pastikan anda turn-off pop-up blocker.
3. Login ke Maybank2u seperti biasa.
4. Nama penjual akan secara automatik dipaparkan. Pembeli akan memasukkan no akaun, alamat e-mel, jumlah bayaran dan butiran transaksi. Pembeli mesti membaca dan menerima Penafian sebelum meneruskan ke skrin seterusnya.
5. Klik 'Continue'.
6. Klik 'Minta Nombor TAC. Nombor TAC akan dihantar ke telefon bimbit.Masukkan Nombor TAC dan klik 'Confirm' untuk meneruskan pembayaran atau klik 'Kembali' untuk ke skrin sebelumnya.
7. Pembeli boleh mencetak skrin pengesahan pembayaran untuk rekod dan rujukan masa depan.
8. Pembeli akan menerima e-mel sebagai pengesahan transaksi yang dilakukan.
LANGKAH KESELAMATAN MENGGUNAKAN MAYBANK2UPAY
1. Sila rujuk kepada senarai rasmi kedai blog yang berdaftar dengan Maybank2u pada laman web rasmi Maybank2u pada setiap masa untuk mengesahkan kedai blog berdaftar sebelum membuat apa-apa bayaran melalui Maybank2u Pay.Pendaftaran MY KURUNG ONLINE boleh disemak di
http://www.maybank2u.com.my/WebBank/bloglist05.html
2. Jika kedai blog memaparkan icon Pay Maybank2u tetapi nama blog tidak disenaraikan di dalam senarai rasmi blog berdaftar di laman web rasmi Maybank2u, pembeli tidak digalakkan untuk meneruskan dengan pembayaran.
3. Sentiasa menaip URL kedai blog secara manual ke dalam pelayar internet anda untuk mendapat pengalaman perbankan online. Jangan sekali-kali klik pada sebarang pautan e-mel atau pautan yang disediakan oleh pihak ketiga yang membuat tuntutan untuk mengarahkan anda ke blog kedai.
4. Pembeli digalakkan untuk mengamalkan usaha yang wajar pada setiap masa apabila membeli-belah online untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini dan / atau dikesali.
No comments:
Post a Comment